* Ditubuhkan pada tahun 1958 hasil pemuafakatan ahli masyarakat setempat.
* Lokasi sekolah yang terletak kira-kira 7 km dari bandar Machang. Satu-satunya jalan yang menghubungkan dengan bandar Machang hanyalah jalan sempit yang bertemankan pokok getah tua dan semak samun.
* Bermula awal tahun 1998, dibawah pimpinan yang inovatif, kreatif dan beriltizam serta disokong oleh masyarakat setempat yang perihatin maka sekolah ini mula mengorak langkah lantas mengukir nama dari peringkat daerah, negeri, kebangsaan serta antarabangsa.....tanpa menoleh ke belakang lagi....Walaupun pelbagai kejayaan telah digapai, namun pihak sekolah tidak pernah menganggap ianya satu titik noktah kejayaan. Para guru, kakitangan, murid mahupun komuniti akan sentiasa mencongak masa depan agar sistem pendidikan negara tidak berkubur.....